Soalan Lazim

1. Bagaimana cara menjadi anggota KKoBPM?

Pemohon mestilah mengisi borang rasmi menjadi anggota Koperasi ini dan dihantar semula kepada Koperasi untuk diproses.

Kelayakan untuk menjadi anggota KoBPM ialah :

  • Kakitangan Agrobank sahaja.
  • Berstatus tetap dan kontrak sahaja.

2. Berapa lamakah pembiayaan peribadi dan kecemasan diproses?

Setelah borang permohanan sampai kepada bahagian pembiayaan, masa yang diambil bagi pembiayaan peribadi adalah 14 hari berkerja dan pembiayaan kecemasan adalah 4 hari berkerja.

3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat pengesahan baki pembiayaan sekiranya ingin membuat penjelasan awal pembiayaan?

Pemohon boleh menghubungi Koperasi, dengan memberi nombor keanggotaan, kakitangan akan menyemak baki serta surat pengesahan akan dibuat dan difaks ke pemohon.

4. Dimanakah borang-borang pembiayaan boleh diperolehi?

Borang-borang pembiayaan tersebut boleh didapati di laman sesawang Koperasi sendiri atau anggota boleh menghubungi Koperasi dan pegawai Koperasi akan menghantar emel ke alamat emel anggota tersebut.

5. Apakah syarat-syarat pengeluaran yuran dan berapa lamakah masa diambil?

Pengeluaran yang dibenarkan adalah:

  • Tidak melebihi 50% daripada yuran terkumpul dalam gandaan RM 500 dalam satu masa.
  • Tiada tanggungan pinjaman.
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat setahun sekali sahaja.
  • Pemohon hendaklah telah menjadi anggota tidak kurang dari 5 tahun.

Kelulusan pengeluaran tertakluk kepada Mesyuarat bulanan Anggota Lembaga dan selepas kelulusan dibuat barulah bayaran akan dibuat kepada pemohon.

6. Bagaimana ingin membuat tuntutan dermasiswa?

Tuntutan boleh dibuat dengan mencetak borang tuntutan ini di Laman sesawang Koperasi dan borang tersebut hendaklah dihantar kepada Koperasi berserta beberapa dokumen bagi pengesahan, antaranya ialah:

  • Salinan slip keputusan peperiksaan /surat akuan sekolah
  • Salinan slip keputusan peperiksaan
  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan kad pengenalan anak

Data Sistem KoBPM

ID Pengguna:
Kata Laluan: Daftar

Jam

Video Korporat

KOOPBPM Slide

Akses Webmail

Direktori Staff & ALK

Muat Turun Borang

Info Solat

Salat times for Kuala Lumpur. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.