SKIM INI ADALAH KHAS UNTUK ANGGOTA KoBPM
(BESERTA PASANGAN DAN ANAK-ANAK) SAHAJA

Manfaat Skim

  • Manfaat Kematian @ Hilang Upaya Kekal (Biasa)

  • Manfaat Kematian @ Hilang Upaya Kekal (Kemalangan)

  • Manfaat Keilatan Separa Kekal

  • Manfaat Kemasukan Hospital (WAD)

  • Khairat Kematian Anggota

  • Khairat Kematian Pasangan dan Anak-anak


    Syarat Kemasukan

    Skim ini adalah Eksklusif kepada Anggota KoBPM (berserta Pasangan dan Anak-Anak) sahaja. Syarat permohonan adalah terbuka kepada semua Anggota KoBPM (masih bekerja dengan Agrobank dan juga Bekas Kakitangan Agrobank).

  • Anggota dan Pasangan hendaklah berumur diantara 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Bagi kemasukan anak-anak pula, hendaklah berumur diantara 30 hari sehingga 18 tahun sahaja.



  • SUMBANGAN BULANAN YANG RENDAH

    Selain dari Perlindungan Takaful Beserta Simpanan, keistimewaan skim ini juga adalah kerana sumbangan bulanan yang rendah. Bagi Anggota yang berminat untuk menyertai Skim Perlindungan Takaful Kelompok Beserta Simpanan, Muat Turun Borang (klik di sini)

    Borang yang telah siap diisi boleh dihantar melalui emel kepada admin@koopbpm.com.my / aida@koopbpm.com.my .

    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn.Aida di talian 03-8733 2597.



    Jadual Sumbangan dan Manfaat

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    SUMBANGAN DAN MANFAAT YANG DISEDIAKAN

    Jadual

     

    1. Apakah produk ini?

    Produk ini merupakan produk perlindungan Takaful beserta simpanan yang menyediakan manfaat perlindungan dan manfaat pelaburan dari wang sumbangan peserta.
     

     

    2. Apakah konsep-konsep Shariah yang digunapakai?

    Tabarru'
    Tabarru bermaksud Peserta bersetuju untuk menyumbang apabila berlakunya peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu sekiranya Peserta-peserta lain mengalami kerugian yang ditakrifkan di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk membantunya.

    Iltizam Bi Al-Tabarru
    Iltizam bi Al Tabarru bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru.

    Ju'alah
    Jualah bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful kerana pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta (PRF) yang menyumbang kepada lebihan dalam PRF. Sebarang lebihan daripada PRF akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.

    Mudharabah
    Mudharabah bermaksud kontrak di antara Pengendali Takaful dan Peserta di mana Peserta menyediakan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh Pengendali Takaful bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan bersih daripada amaun di dalam Akaun Peserta (PA) yang dilaburkan akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 90:10, masing-masing.

    Wakalah
    Wakalah secara asasnya bermaksud hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan

     

     

    3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?

    Kematian akibat sakit biasa
    Hilang Upaya Menyeluruh akibat sakit biasa
    Kematian akibat Kemalangan
    Hilang Upaya Menyeluruh akibat Kemalangan
    Penyakit Kritikal (Bayaran Manfaat Dipercepatkan)
    Manfaat Pendapatan Hospital (HIB)
    Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk Ahli sahaja
    Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk Pasangan
    Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk anak-anak . Maksimum anak-anak = 4

     

     

    4. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang saya perlu bayar?

    Jumlah Tabarru' ditolak setiap bulan daripada PA. Jumlah Tabarru' akan bertambah apabila anda semakin tua. Butir caj-caj lain untuk pelan ini dilampirkan dibawah.
    Yuran Wakalah : 25.00% Jumlah Sumbangan
    Caj Serahan : Tiada caj serahan dikenakan
    Caj Pengeluaran Separa : Tiada caj pengeluaran separa dikenakan
    Komisyen : 10.00% daripada Jumlah Sumbangan
    Duti Stem : RM 10.00 (ditanggung oleh Pemegang Sijil Induk)

     

     

    5. Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

    Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus PRF.

     

     

    6. Apakah terma dan syarat-syarat utama yang saya perlu tahu?

    Kepentingan pendedahan - anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting dan menyatakan umur anda dengan betul.

    Tempoh bertenang - anda boleh membatalkan sijil anda dengan memulangkan sijil dalam tempoh 15 hari selepas sijil dihantar kepada anda. Pengendali Takaful akan memulangkan semua sumbangan setelah ditolak yuran pemeriksaan perubatan yang ditanggung Pengendali Takaful.

    Penamaan - anda boleh memilih siapa yang akan menerima manfaat selepas kematian anda dengan mengisi borang Penamaan. Sijil anda akan menyatakan sama ada anda telah menamakan seseorang untuk menerima manfaat tersebut. Jika anda belum menamakan sesiapa, sila lengkapkan borang Penamaan yang boleh didapati daripada wakil Pengendali Takaful dan hantarkan kepada Pengendali Takaful dengan serta-merta.

    Adalah penting untuk anda menyimpan resit yang di hantar Pengendali Takaful kepada anda, Penyata Kad Debit atau Kredit, Penyata Bank atau slip gaji anda sebagai bukti pembayaran bagi rujukan masa hadapan.

    Sijil Takaful tidak akan bermula sehingga Pengendali Takaful telah menerima Borang Cadangan secara rasmi dan Sijil Takaful menyatakan perlindungan telah bermula telah dikeluarkan. Pengendali Takaful hanya akan menerima cadangan setelah sumbangan telah dibayar.

     

     

    7. Apakah pengecualian utama di bawah sijil ini?

    Kematian disebabkan oleh bunuh diri dalam masa dua belas (12) bulan dari Tarikh Kemasukan.

    AIDS - jika kematian atau TPD adalah disebabkan oleh AIDS atau dibawah pengaruh dadah.

    Alkohol - jika kematian dan TPD adalah disebabkan pengaruh alkohol, narkotik atau penyalah gunaan dadah.

    Peperangan - kematian atau TPD disebabkan peperangan, pencerobohan, tindakan musuh-musuh asing, tebusan atau operasi ala ketenteraan, perang saudara, pemberontakan.

    Nota : Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil

     

     

    8. Bolehkah saya membatalkan sijil saya?

    Menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar sumbangan dalam tempoh ihsan, sijil anda mungkin lupus. Amaun tunai yang akan dibayar oleh Pengendali Takaful apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang adalah kurang daripada jumlah sumbangan yang anda telah bayar.

     

     

    9. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?

    Penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan pada maklumat perhubungan anda untuk memastikan segala surat menyurat dapat diterima pada masanya.

     

    Pegawai untuk dihubungi di KoBPM

     

    Pn.Nurul Aida Fatihah

    Kerani Perniagaan
    No Telefon : 018 401 4903
    Emel: aida@koopbpm.com.my
     

     

    En.Reza Izuan Othman

    Pen. Eksekutif Pemasaran
    No Telefon : 018 2236 405
    Emel: reza@koopbpm.com.my