Soalan Lazim

Soalan Yang Sering Menjadi Pertanyaan
Mestilah mengisi borang rasmi menjadi anggota Koperasi ini dan dihantar semula kepada Koperasi untuk diproses.Kelayakan untuk menjadi anggota KoBPM ialah :-Kakitangan Agrobank sahaja.-Berstatus tetap dan kontrak sahaja.
Setelah borang permohanan sampai kepada bahagian pembiayaan, masa yang diambil bagi pembiayaan peribadi adalah 14 hari berkerja dan pembiayaan kecemasan adalah 4 hari berkerja.
Pemohon boleh menghubungi Koperasi, dengan memberi nombor keanggotaan, kakitangan akan menyemak baki serta surat pengesahan akan dibuat dan difaks ke pemohon.
Borang-borang pembiayaan tersebut boleh didapati di laman sesawang Koperasi sendiri atau anggota boleh menghubungi Koperasi dan pegawai Koperasi akan menghantar emel ke alamat emel anggota tersebut.
Pengeluaran yang dibenarkan adalah: Tidak melebihi 50% daripada yuran terkumpul dalam gandaan RM 500 dalam satu masa. Tiada tanggungan pinjaman. Pengeluaran hanya boleh dibuat setahun sekali sahaja. Pemohon hendaklah telah menjadi anggota tidak kurang dari 5 tahun. Kelulusan pengeluaran tertakluk kepada Mesyuarat bulanan Anggota Lembaga dan selepas kelulusan dibuat barulah bayaran akan dibuat kepada pemohon.
Tuntutan boleh dibuat dengan mencetak borang tuntutan ini di Laman sesawang Koperasi dan borang tersebut hendaklah dihantar kepada Koperasi berserta beberapa dokumen bagi pengesahan, antaranya ialah: Salinan slip keputusan peperiksaan /surat akuan sekolah Salinan slip keputusan peperiksaan Salinan sijil kelahiran anak Salinan kad pengenalan anak